Indonesia terdiri dari beribu pulau serta beraneka ragam budaya, banyak sekali budaya yang ada, dari kebiasaan, tingkah laku, hingga tradisi.
berikut penulis akan sedikit berbagi tentang cerita fabel yang beredar dan sering di ceritakan masyarakat Indonesia
Burung Bangau dan Seekor Ketam
Pada zaman dahulu
terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya
ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar
tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup
dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut.
Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup
bermacam-macam ikan dan hewan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan
bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak
yang turut menghuni tasih tersebut.
Burung bangau
sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan.
Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari
burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang
berhampiran dengannya.
Beberapa tahun
kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap
ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia
berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata “Kalau beginilah
keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan.
Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah”.
Burung bangau
mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing
tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat
murung dan sedih lalu bertanya “Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik
termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?”. Bangau menjawab ” Aku sedang
memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini.” “Apa yang
merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak
menghadapi sebarang masalah.” Jawab katak. “Awak manalah tahu, aku sering
terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang
tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan
lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun
sudah lama tidak turun”. Bangau menyambung lagi “Aku khuatir tasik ini akan
kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati.” Katak mengangguk- ngangukkan
kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa
katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang
lain.
Berita bencana
kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik
berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah
menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada
bangau “Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?” Burung bangau
berkata “Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju.”
“Apakah cadangan tersebut” kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi
mendengarnya. Bangau berkata ” Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar
dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku
kemarau yang panjang.” “Bolehkah engkau membawa kami ke sana” sampuk ketam yang berada di situ. “Aku boleh membawa
kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu
lebih daripada itu” kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan
burung bangau.
Burung bangau mula
mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan
tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa
ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya
dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah
ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang
lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana
ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan
menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar
tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di
atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di
dalam hatinya “Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau.” Lalu ia memikirkan
sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah
tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil
berkata “Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku
di sini?” Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata “Kali ini
telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku.” Dengan perasaan marah ketam
menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk
bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam
kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia
menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di
situ jua.
No comments:
Post a Comment